Search

[Menghubungkan Atau Menghukum]

Semua pe...

  • Share this:

[Menghubungkan Atau Menghukum]

Semua penganut agama sedar bahawa terdapat perbezaan antara agama. Umat Islam percaya hanya agama Islam yang diterima di sisi Allah tetapi apa yang telah kita lakukan terhadap mereka yang Belum Islam? Adakah kita hanya mengelar mereka KAFIR, neraka dan menghukum mereka tanpa kita sampaikan?

Saya secara peribadi lebih gemar mencari persamaan dan juga berkongsi keindahan Islam & keAgungan Allah dengan mereka berbanding hanya menceritakan dosa, kafir dan neraka andai tak beriman. Saya percaya kaedah begini memudahkan mereka melihat keindahan dan kebenaran Islam kerana mereka tidak akan menjauhkan diri dari kita malahan selesa berbicara dengan kita apabila isu tentang Islam timbul.. Firman Allah;

“Disebabkan rahmat Allah-lah engkau berlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya mereka akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan minta ampun untuk mereka.”
[Surah Ali-Imran 3:159]

Ya, kadang-kala perlu juga disampaikan perbezaan tetapi kaedah penyampaian juga mesti bersesuaian mengikut keadaan. Cara dakwah Nabi Muhammad s.a.w adalah yang terbaik di mana dalam lembut ada tegasnya dan dalam kebencian terhadap syirik mereka kepada Allah tersimpan kasih sayang di sanubarinya terhadap mereka.

“Tidaklah ada kelembutan pada seseuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya.”
[Sahih Muslim]

HATE THE SINS BUT LOVE THE SINNERS


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts